Kerjaya kelab Daley Blind

Ajax

Blind memulakan kerjayanya di akademi remaja Ajax. Kelab itu sama seperti bapanya, Danny Blind mencipta nama sebelum menjadi pemain profesional. Pada 7 Disember 2008, Blind membuat debut profesional untuk Ajax ketika menentang FC Volendam. Blind membuat hantaran melalui sepakan penjuru kepada Jan Vertonghen untuk menjaringkan gol kemenangan. Pada 19 Disember 2008, beliau melanjutkan kontraknya bersama Ajax sehingga 30 Jun 2013.

Pada 5 Januari 2010, beliau dipinjam ke Groningen untuk musim 2009–10 ketika perpindahan musim sejuk.[3] Ketika di Groningen, Blind banyak bermain di posisi bek kanan.

Blind kembali ke Ajax untuk musim 2010-11 dan 2011-12 dan pada musim itu juga, Ajax menjadi juara liga buat kali ke-30. Walau bagaimanapun, Blind tidak banyak beraksi dan kebanyakannya duduk di bangku simpanan. Ketika di bawah jurulatih baru, Frank de Boer, Blind diberi pilihan pertama bek kiri ketika musim 2012-13.

Pada 23 April 2013, Blind telah bersetuju untuk melanjutkan kontraknya bersama Ajax selama tiga tahun sehingga musim panas 2016. Pada 5 Mei, Blind bersama Ajax menjuarai liga kali ke-32 selepas menewaskan Willem II 5–0 di laman sendiri. Pada penghujung musim, Blind diumumkan sebagai Pemain Terbaik Ajax untuk musim 2012-13.

Ketika musim 2013–14, De Boer memindahkan posisi Blind ke pemain pertahanan bertahan dan dinamakan sebagai Pemain Tahunan Belanda selepas Ajax menjuarai liga empat tahun berturut-turut.[4]

Manchester United

Pada 30 Ogos 2014, Manchester United mengumumkan pada laman sosialnya bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk menandatangani Blind selepas melepas ujian kesihatan.[5] Pada 1 September 2014, Manchester United menandatangani beliau sebanyak £13.8 juta. Beliau membuat debut pada 14 September ketika United menewaskan Queens Park Rangers 4–0 di Old Trafford sebagai kemenangan pertama mereka pada musim itu. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk United pada 20 Oktober, dari jarak 20 meter menentang West Bromwich Albion, 2-2.